Unit 10: Negaraku

KLIK SINI
Video Karaoke Nyanyian VR: https://www.youtube.com/watch?v=cBQRpiHQa6g&t=39s
Gunakan bersama VR BOX untuk impak video 360 darjah

Lagu Negaraku 



Negaraku 
Tanah Tumpahnya Darahku
Rakyat Hidup
Bersatu dan Maju
Rahmat Bahagia 
Tuhan Kurniakan
Raja Kita
Selamat Bertakhta
Rahmat Bahagia 
Tuhan Kurniakan 
Raja Kita 
Selamat Bertakhta

Maksud Seni Kata Lagu Negaraku: 

  • Memohon rahmat dan perlindungan daripada Tuhan untuk Raja supaya selamat memerintah negara. 
  • Menyeru rakyat dari pelbagai kaum dan agama supaya bersatu padu dan berkorban untuk negara. 
  • Berdoa kepada Tuhan untuk keselamatan negara.

Etika Menyanyikan Lagu Negaraku: 



  • Berdiri tegak.
  • Kedua-dua belah tangan diletakkan di sisi dan diluruskan di bawah. 
  • Kedua-dua belah kaki dirapatkan.

Untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berkerusi roda:

  • Kepala tegak.
  • Mata memandang bendera.
  • Kedua-dua tangan di atas paha dan kaki dirapatkan.

Lagu Kebangsaan Membentuk Jati Diri:


1. Taat dan Setia kepada Raja. 


2. Meningkatkan semangat patriotisme. 


3. Memupuk perpaduan dan keharmonian negara. 


Imbas kod QR untuk menjawab Quizizz⇒







Comments

Popular posts from this blog

Unit 8: Jata Negara

Unit 12: Bunga Kebangsaan

Unit 11: Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan